BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 12, 2010

AKHLAK RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W yang terkenal dengan sifat-sifat mahmudah dalam dirinya.Antara akhlak baginda ialah seorang yang periang orangnya ,pekertinya mulia,lemah lembut,tidak terlalu keras atau bengis,tidak kasar atau suka menengking-nengking,kata-katanya tidak melampaui batas,tidak banyak bergurau atau bercakap sesuatu yang sia-sia.
Baginda juga tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanay dan tidak suka menjadikan orang lain berputus asa.
Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang lain dan tidak suka berbicara mengenai seseorang kecuali mendatngkan faedah dan menghasilkan pahala.Baginda tidak mengharapkan pujian dari siapa pun ,sekiranya ada yang ingin memujinya,baginda tidak menggalakkan berbuat begitu.
Rasulullah s.a.w selalu bersabar apabila didatangi orang badwi yang sering bersifat kasar dan suka mendesak apabila meminta sesuatu daripadanya
tanpa mahu mengalah ataupun bersabar.Kadangkala para sahabat berasa jengkel dan kurang senang namun baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata
"jika kamu dapati seseorang yang memerlukan datang,hendaklah
kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya".